My Lovely Gracefully Cute Fishes

Tuesday, March 26, 2013

ROSE DECEMBER


 
 Rose Merah ini
mengingatkan aku kepadamu
yang dulu ramah
sering menghadiahi aku
dengan senyummu        
lewat gambar-gambarmu

Rose merah ini 
ku namakan December
sempena bulan kelahiranku
kau yang nakal
sering membuat lucu
tentang bulanku itu




Monday, March 18, 2013

KAU MENYANYI LAGU HANTU

Keihklasan ku 
dibayar dengan kepalsuanmu
kau merusakkan sillaturrahim
yang selama ini
aku tatang bagai
minyak penuh
tetapi kau tak pernah
hargai aku
malah kau permainkan
dan kau persendakan aku
sambil kau menyanyi lagu hantu

KENAPA ???

Kenapa kamu biarkan aku
kebasahan mengais-ngais
saki baki cinta
dilopak-lopak air derita itu
Kenapa kamu begitu kejam
membiarkan aku terkial-kial
meranduk cinta mencair
yang kebanjiran air mata


  





Sunday, March 10, 2013

PUTERI CENDERAWASIH


 ~~Di hamparan flora menguning emas ini, 
semuanya terdiri dari merak berbulu kilauan emas 
dan hijau syurga, 
cuma aku seorang si puteri cenderawasih, 
yang terjatuh dari sekumpulan awan putih 
yang menyerakkan warna-warna pelangi. 
Melihatkan aku mereka terkesima 
sedang aku, tak sedar 
pipiku memerah kerana tersipu..~~

Saturday, March 9, 2013

HANCUR SEKEPING HATI



Andainya nanti
sudah tak nampak lagi 
rerama terbang menari-nari
pahamlah bahawa 
rerama itu sudah mati
sadis
sayapnya hancur seribu 
tak mampu diselamatkan
seperti hancurnya sekeping hati

KENAPA YA??

 

Kenapa ya
semua dirasakan sedih
semua dirasakan kelabu
semua dirasakan sendu
Kalau lah 
kalaulah ada yang bisa
memberi erti dalam hidup
mungkin senyumku
kembali berseri



Thursday, February 14, 2013

BUNGA MISTERI


Sekuntum bunga misteri
terima kasih menjadi pencinta
dalam hati puas meneka
siapakah gerangan dia
Hadirnya dia seperti sakti
tiada dapat dikenal pasti
dirinya itu sebagai teka-teki
tetapi wataknya menyenangkan hati
terhibur hatiku setiap kali

TERBANG RERAMA TERBANG


Rerama Hati ingin terbang tinggi
menyapu awan tapi sayang
sayapnya kebasahan
dek tak sempat berlindung
di hujan tengahari
Rerama Hati hatinya rawan
menyeka tangisan di dalam senyuman
apalah yang mampu
sayapnya rapuh
hatinya pun luluh