Kekadang dia meminta, dihilangkan rasa itu
supaya diri tidak tersiksa, dipermain oleh rasa itu
yang mampu membunuh, rasa bahagia di hatinya
Kekadang, dia hanya mahu wujud
begitu-begitu saja, tanpa ada kaitan
dengan sesiapa jua, supaya tiada rasa tersiksa
oleh permainan rasa mereka
Kekadang, dia lebih rela terkurung
sendirian tanpa berteman
kerana ingin rasa selamat, dari permainan perasaan

