My Lovely Gracefully Cute Fishes

Friday, June 8, 2012

Bila Rindu Berlalu

Rembulan cuma membisu
biar pun hati sarat cemburu
diam diam bertukar kelabu
bila pungguk tak lagi rindu

Rembulan tetap di situ
menunggu laguan rindu
sipungguk yang ditunggu
rajuk dan cemburu bersatu

Jika Ingin Bicara



Bila hendak berbicara
haruslah diingat
apa yang bakal dikata
sudahkah disiasat??

Bila apa yang dikata
tidak pula benar dan tepat
akan hilanglah pahala
dosa pula yang didapat

Allah Maha Mengetahui


Takbur dan ujub 
menyebabkan tergamak 
mengeluarkan kenyataan 
yang melampaui batas, 
ingatlah bahawa Allah 
sentiasa menapis setiap perkataan.