My Lovely Gracefully Cute Fishes

Sunday, January 8, 2012

Senario masa kini
banyak hati gembira tak ingat dunia
langgar segala pesanan tuhannya
banyak juga hati cemas-cemas curiga
risau dengan bala yang datang tiba-tiba
banyak hati sentiasa berprasangka
mengandai itu ini dan sebagainya
banyak hati berduka cita
memikir pegangan generasi muda
banyak hati ingin mengubah rasa
kepada yang lebih memberi makna
kerana hidup ini hanyalah sementara...

Membina dan membangunkan
sangat susah
setelah dapat, lega segala lelah
namun semakin lama semakin berubah
kekentalan keikhlasan dulu semakin lemah
bila pagar memakan padi tanpa disedari
tahu-tahu yang ada senakin menipis
bertambah sulit berbelit
bila kesedaran mulai bangkit
tidak dapat tidak mesti dihapus
kalau tidak nanti sendiri mampus


Justeru
banyak hati berduka

banyak hati sengsara
banyak hati curiga
banyak hati mengira-ngira