Ingin ku laung
ku lolong-lolong
memberimu tahu
bahawa itu salah
bahawa itu aniaya
bahawa itu dosa
tapi...
itu tak mampu aku lakukan
Demi sebuah keakraban
yang tak mampu itu
terpaksa duduk sopan
pada hal mendidih
dalam kesabaran
sekian dekad bertahan
Meski aku perawan
tapi semangat ku
semangat pahlawan
justeru jiwaku berapi
seolah diracuni
memamah urat sendi
melemah denyut nadi
ku lolong-lolong
memberimu tahu
bahawa itu salah
bahawa itu aniaya
bahawa itu dosa
tapi...
itu tak mampu aku lakukan
Demi sebuah keakraban
yang tak mampu itu
terpaksa duduk sopan
pada hal mendidih
dalam kesabaran
sekian dekad bertahan
Meski aku perawan
tapi semangat ku
semangat pahlawan
justeru jiwaku berapi
seolah diracuni
memamah urat sendi
melemah denyut nadi
