Hanya Allah yang tahu isi hatiku
kerana itu aku malu pada tuhanku
bahawa di dalam ada seorang insani
yang aku suka yang aku kagumi
Saat dia pernah menghubungi
betapa terkaget seperti tak percaya diri
apakah itu benar dia sendiri
membuat panggilan di suatu pagi di suatu petang hari
Tuhan, aku tahu itu telah Engkau suratkan
tapi sebenarnya itu menyiksakan
aku yang lemah tak mampu melawan
rasa rindu pada dia yang telah Engkau titipkan
Justeru itu aku bermohon pamit diri
biarkan aku jauh-jauh mnghilangkan diri
aku serahkan semua ini padaMu Ya Illahi
mengaturkan rencanaMu buat hambaMu ini


































