My Lovely Gracefully Cute Fishes

Friday, December 28, 2012

Getar Rindu


Isyarat rindu
yang kuhantar
masih sepi terbiar
dalam alun doa

di pertiga malam
di atas sejadah cinta
merdu membisik nama

moga kau rasakan
indah mersik getarnya

Wednesday, December 19, 2012

ISTIKHARAH CINTA


Bersaksi cinta di atas cinta
atas alunan tasbihku ini
menerka hati yang tersembunyi
berteman di malam sunyi penuh doa
Sebut namamu terukir merdu
tertulis dalam sejadah cinta
tetapkan pilihan sebagai teman
kekal abadi sehingga akhir zaman
Istikharah cinta memanggilku
memohon petunjukMu
satu nama teman setia naluriku berkata
dipenantian luahan rasa
teguh satu pilihan
pemenuh separuh nafasku
dalam mahabbah rindu

Tuesday, December 11, 2012

KALI INI SAJA

Tuhan,kali ini saja
akan aku tanya
apa hikmah semua ini
yang ku ingin semakin dingin
yang ku sayang semakin hilang

PENTING DIRI

Tuhan
aku terlalu amat
memerlukan pertolonganMU
dengarkanlah doaku
yang persis doa dhuha
jika dia rindu dekatkanlah
jika dia cinta satukanlah
jika dia jodoh temukanlah
jika masih sukar permudahkanlah
jika masih pudar, terangkanlah
 

Sunday, December 9, 2012

RINDU KEKASIH


Aku senang di sini
terasing dan menyendiri
jauh dari intaian
hindar dari omelan
semata-mata kerana
aku ingin agar 
sujud sembahku tidak terganggu
pada saat-saat aku
sedang amat rindu
padaMu kekasih
pemilik seluruh alam

ASYIK! INDAH!~



Tuhan tidak anugerahi aku
kehormatan dan ketinggian darjat
Dia cuma titipkan  aku
rasa sayang dan kasih
dan semua itu
tertumpah ke dalam hatimu
semoga kau menyedari
dan ikut membajai
sampai satu saat
kuncup kuntum kan merecup
kembang merekah
meyibakkan aroma wangi
ke segenap arah...
Asyik! Indah

Wednesday, December 5, 2012

CINTA TERPENDAM

Cinta yang dipendam
tak jadi salah
memuja dalam diam
pun tak salah
kerana Dia yang tumbuhkan
rasa itu sebagai ujian
setahap mana ketahanan imanmu
Jika kau benar ikhlas
kau akan tenang 
walau tidak dibalas


BIAR RAHSIA



Tidak siapa tahu
sejak dulu mula bertemu
bahawa aku suka kamu
yang ku minat 
cuma kamu
dan aku yakin
mereka pasti tercari-cari
jawapan yang pasti
dan aku cuma 
tersenyum gelihati

Monday, December 3, 2012

UJIAN CINTA

Dikau dilahirkan
untuk menjadi ujian padanya
tentu kau mahu tahu kenapa
kerana semua yang ada
padamu dia merasa 
terlalu istimewa
sehinggakan dia jatuh sayang
fikiran melayang-layang
waktunya banyak terbuang
memikirkanmu
tapi sampai bila pun
tak akan diungkap rindu 
apa lagi yang namanya cinta itu
justeru dikau itu dianggapnya 
hanya ujian cinta baginya
biar hanya tuhan yang tahu