Rose Merah ini
mengingatkan aku kepadamu
yang dulu ramah
sering menghadiahi aku
dengan senyummu
lewat gambar-gambarmu
Rose merah ini
ku namakan December
sempena bulan kelahiranku
kau yang nakal
sering membuat lucu
tentang bulanku itu
Keihklasan ku
dibayar dengan kepalsuanmu
kau merusakkan sillaturrahim
yang selama ini
aku tatang bagai
minyak penuh
tetapi kau tak pernah
hargai aku
malah kau permainkan
dan kau persendakan aku
sambil kau menyanyi lagu hantu
Kenapa kamu biarkan aku
kebasahan mengais-ngais
saki baki cinta
dilopak-lopak air derita itu
Kenapa kamu begitu kejam
membiarkan aku terkial-kial
meranduk cinta mencair
yang kebanjiran air mata
~~Di hamparan flora menguning emas ini,
semuanya terdiri dari merak berbulu kilauan emas
dan hijau syurga,
cuma
aku seorang si puteri cenderawasih,
yang terjatuh dari sekumpulan awan
putih
yang menyerakkan warna-warna pelangi.
Melihatkan aku mereka
terkesima
sedang aku, tak sedar
pipiku memerah kerana tersipu..~~
Andainya nanti
sudah tak nampak lagi
rerama terbang
menari-nari
pahamlah bahawa
rerama itu sudah mati
sadis
sayapnya
hancur seribu
tak mampu diselamatkan
seperti hancurnya sekeping hati
Kenapa ya
semua dirasakan sedih
semua dirasakan kelabu
semua dirasakan sendu
Kalau lah
kalaulah ada yang bisa
memberi erti dalam hidup
mungkin senyumku
kembali berseri
Sekuntum bunga misteriterima kasih menjadi pencinta
dalam hati puas meneka
siapakah gerangan dia
Hadirnya dia seperti sakti
tiada dapat dikenal pasti
dirinya itu sebagai teka-teki
tetapi wataknya menyenangkan hati
terhibur hatiku setiap kali
Rerama Hati ingin terbang tinggi
menyapu awan tapi sayang
sayapnya kebasahan
dek tak sempat berlindung
di hujan tengahari
Rerama Hati hatinya rawan
menyeka tangisan di dalam senyuman
apalah yang mampu
sayapnya rapuh
hatinya pun luluh
Tuhan
jadikanlah dia seperti dulu
seperti sebelum hadirnya
cinta dan rindu
Kau tahu
kini dia tidak lagi seperti dulu
seperti sebelum hadirnya
cinta dan rindu
Kini
hatinya seperti tak terurus
Justeru tuhan tolongi dia
hapuskan semua rasa itu
Kekadang dia meminta, dihilangkan rasa itu
supaya diri tidak tersiksa, dipermain oleh rasa itu
yang mampu membunuh, rasa bahagia di hatinya
Kekadang, dia hanya mahu wujud
begitu-begitu saja, tanpa ada kaitan
dengan sesiapa jua, supaya tiada rasa tersiksa
oleh permainan rasa mereka
Kekadang, dia lebih rela terkurung
sendirian tanpa berteman
kerana ingin rasa selamat, dari permainan perasaan
Apakah kesudahan
apakah pengakhiran
Ya Allah ku mohon keampunanMu
jauh renungan
sesuci pengharapan
kuatkan hati ku
seteguh karang di lautan
tak pecah dilanda ombak
mantap perasaan
berbalut keimanan
Diri ini hanya
tetamu senja maya
buatmu apalah ada
nasibku bagai burung
mata terlepas badan terkurung
aku tidak layak dicintai
apatah lagi untuk mencintai
semua yang indah itu
sudah bukan untukku
Biarlah aku seperti sang merpati
didekati senang sekali
namun ditangkap ia lari