Rose Merah ini
mengingatkan aku kepadamu
yang dulu ramah
sering menghadiahi aku
dengan senyummu
lewat gambar-gambarmu
Rose merah ini
ku namakan December
sempena bulan kelahiranku
kau yang nakal
sering membuat lucu
tentang bulanku itu
Keihklasan ku
dibayar dengan kepalsuanmu
kau merusakkan sillaturrahim
yang selama ini
aku tatang bagai
minyak penuh
tetapi kau tak pernah
hargai aku
malah kau permainkan
dan kau persendakan aku
sambil kau menyanyi lagu hantu
Kenapa kamu biarkan aku
kebasahan mengais-ngais
saki baki cinta
dilopak-lopak air derita itu
Kenapa kamu begitu kejam
membiarkan aku terkial-kial
meranduk cinta mencair
yang kebanjiran air mata
~~Di hamparan flora menguning emas ini,
semuanya terdiri dari merak berbulu kilauan emas
dan hijau syurga,
cuma
aku seorang si puteri cenderawasih,
yang terjatuh dari sekumpulan awan
putih
yang menyerakkan warna-warna pelangi.
Melihatkan aku mereka
terkesima
sedang aku, tak sedar
pipiku memerah kerana tersipu..~~
Andainya nanti
sudah tak nampak lagi
rerama terbang
menari-nari
pahamlah bahawa
rerama itu sudah mati
sadis
sayapnya
hancur seribu
tak mampu diselamatkan
seperti hancurnya sekeping hati
Kenapa ya
semua dirasakan sedih
semua dirasakan kelabu
semua dirasakan sendu
Kalau lah
kalaulah ada yang bisa
memberi erti dalam hidup
mungkin senyumku
kembali berseri